JANGAN LAYAN ZUL NORDIN

Saya mencadangkan kepada semua pemimpin dan penyokong PR supaya tidak lagi membuat apa-apa kenyataan tentang Zulkifli Nordin kerana bagi saya ianya membuang masa dan memberi publisiti percuma kepada Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru tersebut. Biarlah beliau melayari bahtera perjuangan dan kehidupan beliau seorang diri. Buang masa sahaja kita bercakap dan bercerita tentang beliau sehingga beliau perasan bahawa dirinya amat berharga dan diperlukan.

Bagi saya beliau akan diam dengan sendirinya bila kita tidak lagi bercakap mengenai isunya.

Biarlah Umno mengambilnya menjadi ahli Umno jika mereka mahu dan Zul sudi.

Comments