IBRAHIM ALI BUKAN DIBELI TAPI GILA TALAK

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini menyangkal dakwaan Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad bahawa beliau dibeli atau mungkin dibeli oleh mana-mana pihak.

Bagi saya Ibrahim Ali mungkin tidak dibeli oleh mana-mana pihak cuma beliau sebenarnya GILA TALAK. Dulu beliau dalam Umno kemudian masuk Semangat 46, keluar balik masuk Umno dan selepas itu keluar jadi Bebas dan berpaut pada PAS untuk jadi Wakil Rakyat.

Kini beliau GILA TALAK balik kepada Umno sebab itu beliau gila-gila mendokong perjuangan Umno melalui semangat perkauman Melayu sempitnya. Apa sahaja yang beliau cakap sekarang semuanya sealiran dengan Umno. Malah beliau lebih Umno dari Presiden Umno, pimpinan Umno dan ahli Umno.

Pada pandangan saya Ibrahim melakukan semua ini adalah untuk mencari publisiti bagi mencuri peluang agar Umno 'melutut' kepada beliau dan memilihnya untuk bertanding mewakili Umno/BN pada Pilihanraya akan datang.

Beliau sudah tidak mempunyai peluang lagi untuk mewakili PAS kerana orang PAS tidak akan mempercayai beliau lagi untuk kesekian kalinya.

Jadi saya mengharapkan pimpinan Umno mengambil Ibrahim kembali untuk menjadi ayam sabung Umno dan letakkan beliau bertanding di Pasir Mas semula bagi menguji kehebatan beliau di sana. Barulah kita tahu samada Ibrahim menang di Pasir Mas pada PRU 12 atas kehebatan peribadinya atau kerana rakyat mahu kepada PAS.

Comments