Saya menggesa Ketua Menteri, Exco dan semua ADUN termasuk ADUN PR Melaka mengisytiharkan harta masing-masing bagi memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa pimpinan BN dan PR di negeri ini bersih dan telus. Selagi perkara ini tidak dilakukan, rakyat akan terus syak wasangkan kepada KM, Exco dan semua wakil rakyat negeri Melaka.
Terlalu banyak tuduhan dan tohmahan yang ditujukan khasnya kepada Ketua Menteri, Exco dan ADUN BN yang antara lain menyatakan Ketua Menteri, Exco dan ADUN BN mengumpul kekayaan dan harta yang tidak setimpal dengan pendapatan dan elaun mereka.
Oleh kerana itu saya menggesa kepimpinan negeri ini mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat bagi membersihkan nama mereka. Pengisytiharan ini mestilah merangkumi harta isteri dan anak-anak mereka.
Sebelum ini saya merasa kesal dengan tindakan DUN Melaka menolak usul ADUN PR yang meminta DUN Melaka membahaskan usul untuk supaya Ketua Menteri, Exco dan ADUN mengisytiharkan harta masing-masing. Penolakan ini menyebabkan rakyat semakin sangsi dengan ketelusan mereka. Apa yang hendak mereka takutkan jika benar mereka bersih dan telus.

Comments