BUKAN USTAZ NASHA SEORANG HADIR PROGRAM BERSAMA TPM

Tindakan timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa hadir dalam program bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bercakap soal “perpaduan politik Islam” menimbulkan kecurigaan banyak pihak.

Laporan di blog-blog berhubung kehadiran mereka pada pelancaran buku Natrah pada 9 Mac lalu, mengaitkannya dengan idea kerajaan perpaduan antara PAS-Umno, yang menjadi isu hangat sebelum ini.

Apa yang saya tahu Ustaz Nasharuddin menghadiri program tersebut atas kapasiti peribadinya bukan mewakili parti. Malah selain Ustaz Nasharuddin beberapa pimpinan PAS dan PKR juga hadir pada program itu. Antaranya ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Setiausaha PKR pusat, Saifuddin Nasution Ismail.

Saya bukan hendak membela sesiapa tetapi menceritakan hal sebenar. Kalian boleh membuat andaian dan pemerhatian sendiri di atas fakta yang saya nyatakan ini.

Comments

Daftar syarikat said…
Yang salahnya : memberi komen yang menguntungkan pihak sebelah sana.
Anonymous said…
Orang rasa tak senang kerana TPM manusia tak berprinsip, jadi persoalan nya sama ada secara peribadi ke apa ke, then they all look the same. Bird of the same feather flocks together.
hussin said…
salam sdr sofi,

tidak akan timbul soal nasha hadir di majlis kalau dia tak lunak perpaduan! dia nak naik ke langit dan terjun turun pun tak siapa akan peduli. tapi apabila lunak cakap pasal perpaduan, ia menjadi perhatian ramai. takkanlah seotang yang berstatus timbalan presiden cukup gemar padu dengan umno yang telah ditolak oleh rakyat yang satu dunia tahu...

begitu naif sekalikah timbalan presiden pas? atau 'minyak pelincir'nya baik sekali///
Yong said…
Lawak le mike. Dah lupa ke kata2 TGNA tak berapa lama dulu tentang Stapa Ali?

Bukanke setiap pemimpin PAS itu baring, duduk mahupun berdiri pandangannya tetap mewakili PAS? Takde istilah hadir dan berpandangan peribad. Lainle itu acara kenduri kat kampung sendiri.