Terbukti parti-parti komponen BN baik Umno, MIC dan MCA tidak mementingkan pemimpin yang tinggi moral dan bersih latar belakangnya. Keputusan pemilihan MCA semalam membuktikan dakwaan saya.
Ahli-ahli MCA mempunyai untuk memilih pemimpin yang tidak terbukti mempunyai skandal samada skandal rasuah, penyalahgunaan kuasa maupun skandal seks. Namun mereka tetap juga memilih pemimpin yang sudah terpalit dengan masalah moral. Mengapa ini berlaku. Apakah mereka sudah tidak kisah dengan perkara ini.
Saya yakin kalau di negara barat bukan sahaja ahli-ahli parti dan rakyat akan menolak pemimpin seperti ini malah pemimpin terbabit sendiri tidak akan berani bertanding kerana mereka ada maruah dan harga diri.
Tetapi inilah yang berlaku di Malaysia. Pemimpin Umno khasnya mendakwa mereka tidak mahu pemimpin yang mempunyai masalah moral dan skandal liwat (tuduhan kepada Anwar). Ini mereka diuji apakah Najib akan melantik pemimpin yang tidak bermoral untuk menjadi menteri kabinet. Jika beliau berbuat demikian maka jelas isu moral tidak memberi bekas kepada Najib dan kuncu-kuncunya dalam BN.
Comments