BN GILA TALAK

Sudah 2 tahun BN kalah di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang namun pemimpin BN masih 'gila talak' tidak dapat menerima kekalahan mereka. Tak habis-habis mereka menghentam kerajaan ketiga-tiga negeri ini hatta dalam perkara remeh temeh dan tidak munasabah. Lebih menyedihkan mereka menafikan fakta dan statistik sebenar tentang kejayaan kerajaan PR. BN terlupa bahawa rakyat sekarang cerdik dan terdedah kepada maklumat. Terus-menerus mereka memperbodohkan rakyat melalui media kuda tunggangan mereka seperti Utusan Meloya, TV3 suku dan lain-lain.

Contohnya hari ini Utusan Meloya mendakwa bahawa tempoh dua tahun yang diberi kepada pakatan pembangkang bagi mentadbir beberapa negeri membuktikan pakatan rapuh itu tidak bersedia menjalankan tugas selaku kerajaan.

Sebaliknya Utusan mendakwa pemimpin kerajaan campuran DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di beberapa negeri dilihat lupa menjalankan tugas sebagai parti pemerintah apabila fokus utama mereka adalah terus mengkritik Barisan Nasional (BN).

Buta sungguh hati dan mata pemimpin BN sehingga langsung tidak nampak kebaikan yang dijalankan oleh kerajaan negeri PR. Apakah pemimpin BN menganggap rakyat akan buta seperti mereka.

Bagaimana dengan 20 meter padu air percuma, bantuan RM1000 untuk pelajar cemerlang, takaful kifaalah, elaun guru agama dinaikkan, elaun untuk para hafiz, tanah yang dikurniakan kepada rakyat Perak, pengurusan kewangan yang baik dan telus serta banyak lagi.

Seperkara yang memualkan saya ialah panggilan kerajaan pembangkang yang ditujukan kepada kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Bukankan di negeri tersebut PR adalah kerajaan dan Umno/BN pembangkang. Bingung sungguh Utusan Meloya dan pemimpin BN istilah pun hendak dipesongkan....

Comments