BERANIKAH UMNO/BN TARIK GELARAN AL QARDHAWI

Umno/BN mungkin berasa salah kerana mengurniakan Al Qardhawi sebagai Tokoh Maal Hijrah Malaysia tahun lalu. Ini kerana tokoh tersebut 'menempelak' Umno/BN dengan mengeluarkan fatwa yang jelas membela Anwar kerana Al Qardhawi sebenarnya yakin dan percaya Anwar tidak bersalah dan beliau berkata benar walaupun pahit.

Persoalannya sekarang adakah Umno/BN berani menarik balik gelaran Tokoh Maal Hijrah tersebut dari tangan Al Qardhawi dan diserahkan kepada orang lain yang 'yes man'.

Bagi saya Umno/BN sekarang sudah tersilap langkah. Mungkin mereka cuba mendapatkan 'political mileage' dengan menabalkan Al Qardhawi sebagai Tokoh Maal Hijrah tetapi pada masa yang sama mereka di'tikam' oleh Al Qardhawi yang jelas tidak mahu bersekongkol dengan sesiapa juga dalam apa juga isu. Yang penting bagi beliau ialah menegakkan kebenaran.

Comments