Saya teringin sangat hendak melihat reaksi dan 'respons' dari Adi Jagat Melayu, Ibrahim Ali jika MIC dipilih menjadi parti yang bertanding mewakili BN di Hulu Selangor. Ini kerana kerusi tersebut sepatutnya ditandingi oleh Umno dan Orang Melayu kerana majoriti pengundinya adalah Melayu.
Jika benar Perkasa adalah pejuang Melayu Perkasa sudah tentu akan mendesak dan menggesa BN memilih calon Melayu bukannya dari keturunan India dari Parti Samy Vellu (PSV). Jika Perkasa berdiam diri maka jelaslah Perkasa tidak Perkasa tetapi hanyalah Pembodek.
Satu lagi, saya cadangkan Perkasa meletakkan calonnya di Hulu Selangor nanti jika BN dan Najib Razak tunduk kepada Samy Vellu dengan memilih calon Parti Samy Vellu (PSV) iaitu Palanivel menjadi calon.
Diharapkan permintaan saya ini ditunaikan oleh Adi Jagat Berahim jika benar beliau anak jantan yang bukan hanya berkokok tetapi berani menentang arus.
Comments