ANWAR JADI 'RECORDING ARTIST' PULA

Anwar Ibrahim memang dikenali sejak dahulu sebagai pemidato hebat. Sejak dari beliau menjadi pemimpin pelajar sehingga sekarang pidatonya memang diminati ramai. Sebab itulah kemana sahaja beliau berpidato pasti ramai peminatnya datang. Mereka bukan sahaja terdiri dari orang Melayu malah dari pelbagai bangsa. Itu memang tidak dapat dinafikan.

Tetapi hari ini Anwar dinaikkan taraf setakuk lagi iaitu sebagai 'Recording Artist' kerana dilaporkan Polis sekarang menjadi 'penerbit kepada albumnya'.

Polis akan merakam kenyataan Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi esok berhubung ceramah beliau ke seluruh negara.

Kenyataan Anwar akan dirakam pada jam 11 pagi di ibupejabat PKR di Merchant Square, Tropicana.

Menurut seorang pegawai pejabat PKR, mereka menerima surat untuk tujuan tersebut dari ibupejabat polis Seberang Perai Tengah.

Surat tersebut, katanya, yang bertarikh 4 Mac, meminta bantuan Anwar dalam siasatan tersebut.

Ia berkaitan dengan empat laporan polis berhubung ceramah beliau di Pulau Pinang bagi menjelaskan mengenai kes liwat terhadap beliau.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Sumber : Malaysiakini

Comments