Hari ini IKIM.fm membicarakan isu bangkrap pada program 'sembang pagi' (lupa apa nama slot itu).
Bagi saya ada sesuatu yang tidak kena tentang sistem 'membangkrap'kan orang ramai. Ini kerana rata-rata yang membuat panggilan menyatakan mereka adalah penjamin bukan peminjam. Bermakna di sana mereka menjadi mangsa adik-beradik, saudara-mara ataupun kenalan. Akhirnya mereka sendiri yang susah akibat diisytiharkan bangkrap oleh Jabatan Insolvensi.
Peminjam mungkin memang tidak mahu membayat hutang mereka. Peminjam seolah-olah terlepas kerana sudahlah mereka dapat duit atau barang free (kereta, rumah dan sebagainya), bank pula 'kejar' penjamin dan 'memblacklist'kan penjamin.
Jadi saya cadangkan kerajaan memikirkan hal-hal semasak-masaknya untuk mengelakkan sistem yang tidak adil kepada penjamin.
Comments