ZAMAN TAK KIRA HALAL DAN HARAM

Zaman sekarang kita orang sudah tidak mengira halal dan haram demi mendapatkan habuan dunia. Sebab itulah semua kerja yang mereka lakukan tidak mengira samada ianya baik atau jahat yang penting habuan dunia terhidang di depan mata sebagai upah kepada kerja-kerja jahat tersebut.

Contohnya wartawan dan editor media, mereka menulis ikut sedap 'mulut' sahaja tanpa memikirkan samada ianya fitnah, tohmah, pembohongan dan sebagainya. Mereka mengikut telunjuk boss dan menjadi 'yes man', pak turut atau wok yek.

Pada mereka apa yang boleh disensasikan mereka sensasikan, surat khabar laku itu paling penting. Malah yang paling penting bagi mereka ialah dapat mempengaruhi rakyat supaya menyokong big boss mereka (kerajaan BN). Walaupun berita itu ternyata palsu, fitnah dan bohong mereka tetap siarkan demi periuk nasi dan keuntungan politik big boss.

Saya ingin ingatkan diri saya dan sesiapa juga semua perilaku kita disuluh dan dicatat oleh malaikat di kiri kanan kita. Jangan ingat kita terlepas dari hukuman Allah. Sekecil-kecil kejahatan dan kebaikan akan dibalas oleh Allah S.W.T tunggulah saat dan ketikanya ia pasti datang.

Di dunia mungkin kita terlepas tetapi pada Hari Hisab nanti kita akan dinilai dan ditimbang amalan kita. Kaki, tangan, telinga dan semua anggota akan menjadi saksi kepada perbuatan kita di dunia dahulu.

Comments