YB ZUL ELOK JADI BEBAS?

Bagi saya YB Zulkifli Nordin sudah tidak boleh duduk dalam sebuah organisasi politik lebih baik beliau bergiat dalam NGO yang sesuai dengan cara dan fikrah beliau.

Beliau mendakwa masih menjadi ahli PAS dan pada masa yang sama menjadi Ahli Parlimen PKR. Itu tidak menjadi masalah tetapi yang menjadi problemnya ialah beliau bertelagah dengan sesama ahli parti. Jadi bila bertelagah maka parti mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikannya. Jika YB Zul tidak boleh menurut disiplin parti maka elok rasanya beliau menjadi YB bebas macam Ibrahim Ali (tetapi jangan jadi Ibrahim yang suka membodek BN sejak akhir-akhir ini).

Perjuangan Islam yang menjadi darah daging YB Zul (menurut katanya) mesti diteruskan. Namun jamaah Islam juga mempunyai disiplin jadi kalau tak boleh ikut disiplin jamaah eloknya berjuang seorang diri dan jadi bebas.

Cuma satu sahaja yang rakyat mahu, jangan letak jawatan Ahli Parlimen!!!! dan jangan masuk Umno kerana kalau masuk Umno maka terbukti YB Zul berjuang untuk sesuatu bukan untuk Islam ............

Comments

azreen said…
kalo pembangkang disuruh keluar je n jadi duk dlm ngo..tapi kalau msk umno mesti korang suruh letak jawatan kn..

kalau bn laju je korng suruh letak jawatan
Anonymous said…
kalau Zul nordin kata dia betul, kita tengok apa dia nak buat lepas ni.
aku dr amin said…
elok juga rasanya yb zulkifli keluar dari pkr dan masuk mana mana jemaah atau ngo islam yang selari dengan prinsip nya. memandangkan diluar sana terdapat cukup banyak ngo yang setiap satu pun tak sama manhaj perjuangan dengan satu lagi tapi hakikatnya masing masing mendabik dada merndaulatkan islam . antaranya abim, isma, jim dan banyak lagi ataupaun tubuhkan ngo sendiri.
Anonymous said…
dalam jemaah kena disiplin x penting....yg paling penting kena sentiasa wala'....apa2 pun keputusan jemaah mesti wala'.....