Saya sebagai ahli bawahan PAS semakin bercelaru dengan tindakan pimpinan PAS yang sekali kata tidak mahu berbincang dengan Umno tetapi sehari dua ini nampak beriya-iya mahu berbuat demikian.
Sebelum ini jelas sekali keputusan telah dibuat bahawa tidak ada lagi perbincangan lanjut dengan Umno. Tetapi kali ini lain pula ceritanya.
Di pihak Umno saya lihat pimpinan mereka sepantas kilat membuat komen yang positif agar perbincangan dengan PAS direalisasikan Saya faham benar mengapa mereka lakukan sedemikian kerana ianya menguntungkan Umno dari segi politik.
Sedangkan di PR, PKR dan DAP sudah tentu tidak berapa senang dengan tindakan PAS ini.
Saya tidak mahu komen panjang, cuma berasa hairan dan pelik dengan keputusan dan kenyataan pimpinan kita. Ahli di bawah terus pening dan terkedu .....................fikirkan!!!!!!!!!!!!
Comments
Kejap kata tak jadi,lepas tu kata jadi pulak...pening la kalau mcm ni
mmmg pelik sdr, walaupun kita mahu berbincang ttg islam, tapi apa persepsi org lain? menolak persepsi itu primitif? begitulah yang berlaku keatas TG presiden, kesian, aku cukup sedih dengan blogger yang suka mencari kesilapan TG presiden... mereka sebenarnya paham dengan apa yang pernah disuarakan oleh TG presiden, tetapi mereka mencari seribu kecacatan untuk memaki TG presiden, aku takut ia berlaku pula kepada TG mursyidul am... hati-hati kamu wahai blogger-blogger celaka sekelian...
teringat kata-kata nik abduh... lu pikirlah sendiri