TOK GURU PRIHATIN

Ternyata Tok Guru Nik Aziz seorang pemimpin yang prihatin dan sentiasa memberikan peransang dan 'support' kepada sesiapa sahaja yang teraniaya dan dizalimi.
Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menghadiri perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pukul 9.26 pagi, kira-kira 40 minit selepas ketibaan Anwar.

Perbicaraan kes liwat Anwar turut menarik perhatian ramai apabila galeri awam dipenuhi pihak media, penyokong-penyokong Anwar dan para pemerhati daripada perwakilan asing sebelum pukul 9 pagi lagi.

Comments

Anonymous said…
HIDUP TOK GURU !!! HIDUP ANWAR !!!!