SERANGAN BN : SELANGOR DAN PENANG JEJAKI KELANTAN

Saya menerima SMS dari seseorang yang menyatakan bahawa serangan, tohmah, fitnah dan seumpamanya yang diterima oleh kerajaan Selangor dan Pulau Pinang sekarang ini adalah sama seperti yang dialami oleh kerajaan Kelantan di awal pemerintahan mereka pada tahun 1990-1993 dahulu.
Kesabaran dan ketahanan diri dan keteguhan pendirian pendokong kerajaan dan penyokong kerajaan Kelantan ketika itu berjaya menyelamatkan kerajaan negeri Kelantan hingga kekal ke hari ini
Kalau kita letih dan penat melayan serangan dan fitnah mereka, perlu diingat bahawa mereka juga letih menyerang kita. Malah mereka bertambah letih dan kadang-kadang terasa bersalah kerana fitnah dan tohmah sedemikian.

Insya Allah semuanya akan berjalan dengan baik jika kita sabar dengan dugaan Allah ini.

Comments