Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak dan isteri kesayangan beliau, Rosmah Mansor melawat Melaka hari ini. Rakyat Melaka berbesar hati dengan kesudian Dato Seri melapangkan masa melawat negeri bersejarah ini.
Harapan kami agar Dato Seri dapat membuat beberapa perubahan dalam negeri Melaka ini kerana kami lihat kerajaan negeri Melaka gagal mentadbir dengan negeri ini. Antara kegagalan ketara yang kami ingin ajukan kepada Perdana Menteri ialah :-
1) Kerajaan Negeri masih diterajui oleh pemimpin rasuah yang dibuktikan terlibat dengan rasuah semasa pemilihan Umno yang lalu. Jadi Dato Seri sepatutnya sudah lama menggantikan Ketua Menteri yang rasuah ini dengan orang lain. Kami merayu Dato Seri berbuat demikian, kami tidak rela berketuakan pemimpin rasuah.
2) Banyak sekali projek-projek membazir di negeri Melaka ini yang akhirnya duit rakyat hangus begitu sahaja. Antaranya projek Eye On Malaysia yang telah disita; Projek Pulau Melaka, dan lain-lain. Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini ternyata hanya mahukan projek tetapi tidak tahu menilai samada projek yang dibangunkan itu berdaya maju atau tidak.
3) Kerajaan negeri gagal mengurangkan maksiat malah mengalakkan maksiat di negeri ini. Buktinya kelab-kelab malam begitu banyak, rumah-rumah urut tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan, pusat-pusat pelacuran tidak ditutup dan sebagainya. Hasilnya jumlah anak luar nikah semakin meningkat di mana pada tahun 2009 seramai 393 orang anak luar nikah dilahirkan. Bayangkan berapa banyak perzinaan berlaku. Kalau 393 perzinaan menghasilkan anak, sudah tentu perzinaan yang tidak menghasilkan anak jumlahnya berlipat kali ganda.
4) Hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat juga berjumlah ratusan juta. Kami rakyat Melaka berasa malu kerana hutang ini gagal dijelaskan oleh kerajaan negeri. Semua ini adalah kerana pentadbiran kewangan yang lemah serta pembaziran yang berlaku dengan dahsyat. Ini dibuktikan dalam laporan ketua Audit Negara 2008 yang menjelaskan betapa banyak salah urus kewangan di negeri ini.
Sebenarnya banyak lagi yang kami ajukan kepada Dato Seri tetapi cukup setakat itu. Yang lain kami akan kemukakan pada kesempatan yang lain.
Sebenarnya banyak lagi yang kami ajukan kepada Dato Seri tetapi cukup setakat itu. Yang lain kami akan kemukakan pada kesempatan yang lain.
Tolonglah Dato Seri tengok-tengokkan rintihan kami ini.
Comments