SAPINA : NAJIB AKAN IKUT JEJAK MAHATHIR?

Beranikah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 'mem' kesayangannya Rosmah Mansor hadir di mahkamah sebagai saksi dalam kes liwat Anwar Ibrahim. ? Rakyat sedang menunggu dengan sabar.

Hari ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta peguamnya, Karpal Singh supaya mensapena Perdana Menteri, Najib & Rosmah untuk menjadi saksi dalam kes liwat terhadapnya.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis.

Menurut Anwar kita mahu tahu pembabitan Rosmah dan Najib dalam hal ini.

Katanya, mereka(Najib & Rosmah) tidak menafikan pertemuan tersebut dan kita mahu tahu.

Persoalannya sekarang apakah Najib akan mengikut jejak langkah mentornya Dr Mahathir yang tidak berani untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi dalam kes liwat pertama Anwar dahulu.


Bagi saya sebagai seorang rakyat, saya mengharapkan Najib dan isterinya Rosmah akan hadir ke mahkamah untuk membersihkan nama mereka kerana selagi kedua-dua mereka enggan hadir ke mahkamah atau mencari helah untuk tidak hadir mahkamah maka selagi itulah rakyat akan sangsi kepada beliau.

Jadi lebih baik Najib dan Rosmah hadir untuk membuktikan samada mereka tidak terlibat dengan konspirasi kes liwat kedua ini.

Najib diharapkan tidak menuruti jejak langkah Mahathir yang diam seribu bahasa dan enggan hadir ke mahkamah.

Comments