Jelas BN terus mengamalkan politik kuno dan tidak bertamadun apabila terus menggunakan projek dan duit sebagai umpan untuk mendapat sokongan rakyat.
Semalam Perdana Menteri mengumumkan bahawa RM3.4 bilion akan digunakan untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur.
Semua ini adalah umpan pilihanraya Sarawak yang bakal menjelang.
Semua ini adalah umpan pilihanraya Sarawak yang bakal menjelang.
Seperti biasa BN terus menjadi duit dan projek sebagai modal kempen mereka untuk mendapatkan sokongan. Saya yakin dengan jumlah duit sebanyak itu BN mampu untuk terus mengekalkan kuasa di Sarawak kerana kita semua faham kecelikan politik rakyat Sarawak berbeza dengan rakyat Sabah dan Semenanjung Malaysia.
BN nampaknya tidak mahu belajar dari kesilapan mereka di Semenanjung apabila menggunakan duit untuk mengekalkan sokongan rakyat kepada mereka. BN lupa bahawa suatu masa nanti rakyat akan cerdik dan tidak hairan dengan projek pembangunan yang sememangnya menjadi kewajipan mana-mana kerajaan kepada rakyatnya.
Oleh kerana leka dengan politik kuno iaitu politik pembangunan/projek, politik ugut, politik rasuah dan sebagainya maka BN diajar di Semenanjung pada PRU 12 dahulu. Malangnya BN masih belum mengerti hasrat dan kehendak rakyat yang sudah semakin celik sekarang.
Saya sebenarnya kasihan dengan pimpinan BN yang masih jauh terkebelakang dari segi pemikiran dan perancangan. Di era dunia sempadan dan zaman IT ini BN masih berada di takuk tahun 60-an, 70-an sehingga masih mengamalkan politik kuno tersebut.
Jika BN tidak mahu berubah dari politik bodoh kepada politik cerdik ini, Insya Allah BN akan dimuziumkan pada beberapa PRU akan datang.
Comments
BUAT SALAH TAK BUAT PON SALAH...
Nasib..nasib.....