PIMPINAN PR SEDEKAHKAN ‘SENJATA’ KEPADA BN

BN terus menerus mendapat senjata baru apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Zaharain secara terbuka menyerang kepimpinan Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim sehari dua ini. Entah apa salahnya tiba-tiba Zahrain bertindak demikian. Terjahan dan serangan beliau ke atas pimpinan kerajaan negeri dan Pemimpin Umum PKR itu sedikit sebanyak memberikan ‘modal’ kepada BN untuk mendakwa bahawa PR khususnya PKR berada dalam keadaan yang kucar-kacir.

BN sebenarnya sentiasa mencari jalan untuk menunjukkan bahawa PR berada dalam keadaan yang berpecah-belah dan kucar-kacir. Sebab itulah sebarang perselisihan dan keretakan dalam parti-parti PR akan di’highlite’kan semaksima mungkin untuk menggambarkan betapa dahsyatnya keretakan dalam parti lawan mereka.

Minggu lepas selain dari kritikan pedas Zahrain kepada Anwar, berita perletakan jawatan Timbalan Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Pahang, YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota juga mendapat tempat meluas dalam media. Begitu juga dengan hukuman gantung jawatan kepada YB Khalid Samad dan amaran bertulis terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor menghiasa muka depan dan tajuk utama media pengampu BN.

Selain itu Zulkifli Nordin terus ‘memberi sedekah’ ‘senjata’ kepada BN apabila terus menunjukkan keras kepala beliau tidak mahu tunduk kepada partinya sendiri. Isu ini terus menerus dicanang dan dimuatkan dalam media. Malah Zulkifli sendiri mendapat keistimewaan apabila mempunyai ruangan tulisannya sendiri dalam media pengampu BN.

Saya yakin selagi ahli dan pimpinan PR sendiri terus menginfakkan senjata kepada BN selagi itulah BN akan terus gembira (gumbira) dengan mendapat senjata percuma dari lawannya.

Kepada semua pimpinan PR saya menyeru supaya berlapang dada dan bertoleransi dalam apa juga masalah samada berkaitan dengan PR atau masalah parti masing-masing. Gunakan saluran parti secara rasmi dan jangan menggunakan media sebagai penyelesai masalah. Ini kerana media itu sendiri sebenarnya musuh yang amat besar. Jika kita menggunakan media sebagai penyelesai masalah maka jelaslah sebenarnya kita sudah tidak mengenal yang mana kawan dan lawan.

BN sebenarnya sekarang berada dalam keadaan paling tidak stabil dengan masalah dalaman MCA yang kusut masai tidak dapat diselesaikan. Begitu juga dengan MIC dan Umno. Walaupun kedua-dua parti itu dilihat tenang sekarang tetapi hakikat sebenar adalah sebaliknya. Bila-bila masa sahaja ianya boleh menutup. PPP juga sampai sekarang masih bersifar naga kepada dua iaitu ada 2 Presiden. Najib selaku Pengerusi BN sampai sekarang gagal menyelesaikan masalah dalam parti-parti komponen BN. Jadi untuk mengabui mata rakyat maka isu-isu seperti ini dicipta disamping isu Kalimah Allah dan lain-lain.

Jadi marilah sama-sama kita berbincang secara anak-beranak jika ada masalah. Jangan kita buka keaiban ‘isteri’ dan ‘suami’ kita kepada media ………………

Comments