PERJUANGAN ISLAM DIPELIHARA ALLAH

Resam perjuangan Islam sudah tentu akan ditekan, ditindas dan dizalimi. Namun ianya tidak akan lupus dan padam. Akan ada pengganti kepada setiap pejuang yang pergi samada di panggil mengadap Allah atau meninggalkan perjuangan kerana kebendaan atau tidak tahan dengan ujian.
PAS yang ada sekarang ini bermula dengan keadaan yang amat dhaif. Ianya dituduh sebagai parti tok lebai, parti orang kampung, parti miskin, pemecah belah masyarakat dan sebagainya. Alhamdulillah tuduhan tersebut jugalah yang dikenakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Maknanya kita mewarisi perjuangan para anbia kerana kita dilabelkan sama seperti para anbia yang berjuang pada zaman masing-masing.
Benarlah janji Allah seperti dalam firmannya " Mereka berusaha untuk memadamkan cahaya Allah, dan ingatlah Allah akan tetap memelihara cahayaNya walaupun dimarahi oleh orang-orang kafir".
Setelah bergelumang dengan ujian dan cubaan maha hebat, ada ahli dan pimpinan yang dibunuh, dipenjara, dibuang daerah, dizalimi dengan pelbagai bentuk, kini PAS telah matang dan dianggotai oleh semua lapisan masyarakat bukan sahaja orang Islam malah orang Bukan Islam juga turut sama mendokongi PAS. Suatu perkara yang kita sendiri tidak pernah mimpi dan bayangkan. Tetapi ini semua kuasa dan kehendak Allah. Siapa yang menjangkakan orang Cina, India dan Iban akan menyokong dan mendokong PAS. Tetapi inilah hakikat yang ada didepan mata kita sekarang.
Oleh itu mari kita menginsafi akan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sekarang. Mari kita lipatgandakan lagi perjuangan kita bagi membebaskan negara ini dari kezaliman Umno/BN yang sedang bermaharajalela menindas rakyat sekarang.
Hanya PAS dan PR yang dapat menyelamatkan rakyat dari terus sesat dan melarat.

Comments