ORANG BESAR DATANG RAKYAT SUSAH!!!!!

Sudah menjadi lumrah di negara hamba bila orang besar datang hamba rakyat susah. Macam-macam kesusahan yang terpaksa dialami oleh hamba rakyat namun mungkin ianya tidak disedari oleh orang-orang besar. Atau kalau mereka sedarpun mereka buat tak 'dek' sahaja.




  • Lambat masuk kerja sebab jam, kenderaan rakyat disekat sebab hendak memberi laluan kepada orang besar-besar

  • Parking di tempat jalan tidak dibenarkan sebab kenderaan orang besar hendak parking dikawasan berhampiran program

  • Jalan-jalan dibaiki, rumput ditebas, tepi-tepi jalan dibersihkan dan lain-lain padahal kalau orang besar tak datang ianya dibiarkan semak, jalan rosak dan sebagainya

  • Banyak duit hamba rakyat hangus untuk buat banner, kain rentang, hias sana sini dan sebagainya

  • Hamba rakyat dikerah menyambut orang besar sehingga meninggalkan kerja asasi mereka

  • Budak-budak sekolah jadi mangsa disuruh balik awal, hendak tuntut ilmu tak senang

  • Segala kenderaan, harta kerajaan yang menggunakan duit rakyat digunakan sesuka hati demi untuk memuaskan hati orang-orang besar

  • Dan macam-macam lagi
  • Semuanya ini untuk menunjukkan kepada orang besar yang rakyat sukakan mereka. Padahal hamba rakyat dipaksa dan bukan atas kerelaan hati mereka.
Gambar sekadar hiasan.

Comments

Hasbullah Pit said…
Di Masjid yang dirasmikan diMerlimau,
Terdapat construction yang ditutup dengan Banner
azreen said…
jalan masuk taman jem sb asik ada ceramah pas je..