NIZAR VS ZAMBRY : MENGAPA MASIH TAKUT UNTUK JADI ANAK JANTAN

Bagi saya Zambry dan Nizar tidak perlu menunggu hingga 9 Feb untuk menentukan siapa Menteri Besar yang sah. Jika benar Zambry seorang yang bermaruah, berkarisma dan berani serta anak jantan bubarkan sahaja DUN Perak biar rakyat tentukan kedudukan kalian.
Zambry sendiri sepatutnya tidak perlu menunggu lama untuk membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin kesayangan rakyat. Tidak perlu membiarkan rakyat dan negeri Perak berada dalam keadaan terumbang-ambing seperti sekarang.
Sebagai Menteri Besar yang dikatakan sah sekarang ini, bola di kaki Zambry. Bubarkan sahaja DUN agar mulut rakyat dan PR ditutup. Selepas mendapat mandat dari rakyat maka sudah tentu pimpinan PR akan diam dan tidak lagi mengkritik dan melabelkan Zambry sebagai Menteri Besar mahkamah, perampasa kuasa, muka tembok dan sebagainya.
Saya yakin jika Zambry benar-benar ikhlaq ingin membersihkan namanya beliau boleh memohon agar DUN dibubarkan mengikut perlembagaan negeri Perak. Itu yang PR mahukan. Jadi apa ditunggu lagi bubarkan segera biar mulut pemimpin PR ditutup. Biar rakyat tentukan siapa yang mereka mahukan menjadi Menteri Besar mereka.
Zambry tidak perlu takut kerana SPR, Polis dan lain-lain agensi sudah tentu akan memainkan peranan yang mereka mainkan selama ini. Jangan bimbang Zambry!!!!!!
Bagi PR jika memang mereka mahu sangat DUN dibubarkan ......maka bersedialah untuk menghadapinya ......Persoalannya sekarang BERANIKAH ZAMBRY membubarkan DUN sedangkan semua orang kenal siapa Zambry????????

Comments