Nik Aziz mahu Pas, UMNO berbincang : Utusan ambil kesempatan

Seperti biasa kerja akhbar pembodek mencari peluang dalam apa juga keadaan bagi memuaskan nafsu boss mereka.

Hari ini Utusan menyiarkan laporan Tok Guru Nik Aziz mahu PAS dan Umno berbincang. Utusan sengaja membesar-besarkan isu ini seolah-olah Tok Guru mahu PAS dan Umno berbincang dalam semua perkara padahal hanya menjuruskannya kepada hal-hal bermusim seperti isu kalimah Allah dan lain-lain.
Memang pandai dan bijak Utusan mencari peluang untuk 'cilok' kenyataan akhbar pimpinan PAS.
Saya ingin menasihatkan diri saya dan Utusan supaya adil dan jujur dalam melaporkan sesuatu perkara jangan jadikan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA sebagai panduan hidup.
Bercakap kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemikiran Islam Semasa - Pemakaian Kalimah Allah di sini, Tok Guru Nik Abdul Aziz mencadangkan Pas dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu dalam soal yang menjadi isu bermusim.

Comments

serupasekala said…
Kome rasa TG Nik Aziz tu nak bincang tentang pnggunaan nama ALLAH dan Semua pentadbiran akan menjadi lebih baik jika berlandas hukum hakam Islam.

Mungkin dengan cara ini orang melayu islam tidak akan bertelagah sesama sendiri terutama jika dipandang dari segi amanah dan tanggungjawab.