MCA BERGOLAK TIDAK DILAPOR,PR PULA JADI SASARAN

Berita MCA bergolak hebat hingga sekarang tidak dapat diselesaikan tidak dilaporkan oleh media. Sebaliknya cerita-cerita tentang kritikan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang oleh beberapa individu tertentu yang ada kepentingan dibesar-besarkan.
Inilah standard media Malaysia yang ada hari ini. Kerja tak ada yang lain selain mengampu BN dan mengadu domba serta memfitnah musuh BN.
Semua yang BN buat walaupun busuk sampai ke usus dan berperang hebat tidak diceritakan tetapi bau kentut dan ketiak PR pula yang disensasikan.

Media ini masih belum insaf bahawa jika mereka terus menjalankan kerja tidak bertamadun suatu hari media ini akan tutup kedai dan tidak ada orang yang mahu membeli dan melanggannya.
Jadi saya mengharapkan media ini insaf dan segera membuat perubahan agar kredibiliti dan integriti mereka tidak dipersoalkan.
Sehari dua ini sibuk pasal Ahli Parlimen Nibong Tebal dan Bayan Baru dari PKR membuat kritikan ke atas kerajaan negeri yang didokong oleh PKR sendiri. Macam-macam tuduhan dilemparkan. Malangnya pekung dan usus busuk BN tidak pula mereka lihat dan sedar. Saya rasa mereka berdua ada kepentingan lain yang tersembunyi. Saya tidak hairan dan pelik jika diakhir cerita nanti kedua-duanya beralih arah menyertai BN. Ini kerana orang-orang seperti ini memang tidak berpendirian dan tiada harga diri.
Oleh itu berhati-hati memilih calon-calon pilihanraya pada masa akan datang.

Comments

Anonymous said…
Citer MCA ada kua TV3, berita harian dan utusan. Sila check betul-betul. Cuma tak sebanyak berita mengenai DAP Pulau Pinang je.

Tapi kalau cerita-cerita mengenai penindasan orang Melayu di Pulau Pinang benar, takkan nak biarkan saja?

Lagipun, blog-blog PR kan banyak citer pasal MCA gak...? Kira adil la tu ; )