KETUA PEMUDA UMNO BUTA HATI ATAU BUTA MATA?

Khairy Jamaluddin semalam meminta orang ramai tidak terpedaya dengan kata-kata manis pembangkang yang menurutnya hanya berupa retorik politik kerana tiada satu pun bukti yang menunjukkan mereka mampu membela rakyat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, ini dapat dilihat apabila negeri-negeri yang diterajui pakatan pembangkang sehingga hari ini gagal meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

Saya hairan mengapa Khairy tidak bercakap benar dan bertindak menafikan fakta yang semua rakyat tahu dan faham.

Apakah program-program kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan PR selama ini tidak diketahui beliau.

Banyak sekali program kebajikan rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan PR di negeri-negeri diperintah mereka.

Antaranya di Kelantan; program Takaful Kifaalah, bantuan Armalah, projek ladang rakyat, projek rumah rakyat, bantuan pelajaran, orang miskin dan sebagainya. Malah kerajaan Kelantan sudah berkhidmat kepada rakyat Kelantan kira-kira 20 tahun. Apakah Khairy tidak menyedarinya atau buat-buat tidak nampak. Jangan nanti rakyat menyoal Khairy samada dia buta hati atau buta mata.

Di Selangor kerajaan negeri awal-awal lagi memberikan bantuan 20 meter padu air percuma, bantuan pendidikan kepada pelajar, bantuan kepada sekolah agama dan lain-lain yang tidak mampu saya tulis di sini.

Begitu juga dengan kerajaan Kedah dan Penang serta Perak.

Janganlah Khairy fanatik membabi buta kepada Umno sehingga menafikan fakta dan bukti yang terbentang di depan mata. Semua rakyat khasnya rakyat di negeri PR pernah merasa dan dapat membezakan bagaimana hebatnya kerajaan PR menjaga kebajikan mereka berbanding dengan BN.

Contohnya bagaimana kerajaan PR Perak berjaya menyelesaikan isu tanah di kampung baru yang gagal ditangani oleh BN selepas lebih 50 tahun.

Rakyat sebenarnya sedar dan tahu tentang betapa prihatinnya kerajaan PR kepada kebajikan rakyat. Hanya Khairy sahaja yang tidak nampak atau sengaja buat tidak nampak.

Berpolitik berpolitik juga jangan sampai rakyat tertawa kita wahai Khairy. Rakyat sekarang sudah cerdik dan akses kepada maklumat, jangan samakan dengan 20 tahun lalu.

Comments

toskagor said…
Rakyat tidak akan tertipu dengan si KJ yang buta tuli itu..
cucu jebat said…
yang kita dok kira party orang apasal,elok kan dulu party kita,ketua pemuda kita pon tak tau dia buat apa,macam lembu kenyang ajah nih?ahli2 jawatan kuasa disiplin macam kena tuba buat keputusan tak nak komen ker sofi?
KJ tak perasan ke ada kampong yang berdekatan bandar seremban yang guna air perigi walaupun dah 50 tahun dibawah BN ...baca metro 1 feb...NS/Melaka