KES LIWAT : SIAPA BENAR ANWAR ATAU SEPOL

Hari ini bermula satu lagi perbicaraan yang akan menjadi sejarah kepada sistem kehakiman di negara kita. Episod tahun 1998 berulang kembali cuma pendokong watak utama yang bertukar. Kalau pada tahun 1998 antara watak utama ialah Anwar, Christopher Fernando, Azizan, Mohtar Abdullah, Umi Hafilda, Musa Hassan, Gani Patail, Munawwar Aness, Sukma dan tidak lupa Augustine Paul kini ianya dipikul pula oleh Anwar, Sepol, Yusof Zainal Abidin, Mohamad Zabidin Mohd Diah dan lain-lain.

Perkataan jijik yang sama dengan tahun 1998 juga tetap akan digunakan kali ini. Tidak payah saya ulangi di sini.

Antara barang kes yang popular pada tahun 1998 ialah tilam yang diusung ke mahkamah. Kali ini kita tidak tahu apa barang kes yang akan diusung. Mungkin kondom, seluar dalam atau apa juga yang difikirkan relevan.

Hebat perancangan puak-puak ini untuk mengenakan Anwar. Kini sekali lagi Anwar berhadapan dengan situasi yang sama.

Persoalannya siapakah yang bercakap benar. Anwar atau Sepol. Mahkamah dunia mungkin tidak dapat menjalankan hukuman seadilnya.

Cuma siapa yang menipu dalam kes ini mereka akan diazab oleh Allah dengan seazab-azabnya. Di dalam sendiri andainya pendakwa tidak dapat mendatangkan saksi yang tidak fasik dan menepati ciri-ciri yang baik maka orang menuduh sudah tentu tidak mempunyai asas yang kuat dan penuduh mungkin didakwa dengan hukuman lain.

Namun dalam sistem sivil semua itu tidak di ambil kira. Saksi boleh sahaja seorang perompak, penyagak, pemakan rasuah, fasik, penjenayah dan sebagainya. Jadi di mana integriti saksi. Mungkin saksi yang sebegini akan mudah dibeli dan disogok.

Tetapi apakan daya negara kita tidak mengamalkan undang-undang Islam walaupun sudah lebih 50 tahun kita merdeka dan dipimpin oleh orang Islam. Undang-undang Islam dipinggir dan dibelakangkan.

Mudah sahaja jika Anwar bercakap benar Sepol bohong, jika Sepol benar Anwar bohong. Maka kalian tunggulah hukuman Allah. Siapa yang benar akan terlepas. Siapa salah dan tidak mahu bertaubat maka tunggulah azab Allah.
Seluruh dunia sedang menunggu keputusan perbicaraan ini. Kemungkinan besar ia akan memakan masa yang lama.

Comments

Unknown said…
setuju sangat dengan saudara.
kasut ku larrie said…
sy mencadangkan di adakan solat hajat di stadium shah alam atau bukit jalil sempena kes anwar dan nizar. nik aziz mengimamkannya.
pelik ..
saifool tak kata selepas diliwat, dia terus pergi jumpa najib.
Yang ini dia tak cakap

pelik