Kes Anwar akan terus dibicarakan esok kerana Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin hari ini menolak permohonan untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Prosiding akan diteruskan jam 2.30 petang esok di mahkamah yang sama.
Jadi esok rakyat Malaysia akan menyaksikan satu lagi episod perbicaraan yang unik buat kali kedua setelah perbicaraan kes liwat pertama tahun 1998 berlangsung.
Apakah babak-babak lucu dan pelik akan juga berlaku dalam episod perbicaraan kali ini.
Kalau dulu tilam dipikul ke mahkamah mungkinkah kali ini perkara itu akan berulang kembali.?
Apakah perkataan TAK RELEVAN akan menjadi antara perkataan popular bagi episod perbicaraan kali ini setelah ianya begitu 'famous' pada episod perbicaraan dahulu.
Sama-sama kita tunggu.
Comments
Kalau mereka tak sedar lagi maka tak tahu lah... apa punya manusia.
Ada menteri ugama pun tak ada suara, sah lah bekas general ngook!!!