KES LIWAT ANWAR : KONSPIRATOR SILAP STRATEGI

Kalau benar dakwaan ramai pihak bahawa Anwar sekali lagi difitnah oleh sepasukan Konspirator yang mahu membunuh karier politik Anwar dan PR, saya kira pasukan konspirator dan tuannya telah tersalah langkah.

Strategi mereka untuk membunuh masa depan politik Anwar adalah silap dan salah 100 %. Bagi saya Anwar sebenarnya akan sekali lagi mendapat simpati dari rakyat dan seluruh dunia. Satu dunia sudah tahu Anwar tidak bersalah dalam kes liwat yang pertama dahulu. Tetapi mengapa pihak Konspirator ( kalau benar dakwaan itu) masih menggunakan taktik lama yang terbukti gagal.?

Saya yakin kes ini akan memberikan impak yang besar juga kepada senario politik tanahair. Rakyat tanpa mengira agama, ideologi dan warna kulit akan simpati kepada Anwar dan keluarganya. Rasa simpati juga akan tempias sama kepada PR kerana Anwar adalah salah seorang pemimpin utama PR.

Kita lihat hari ini bagaimana sokongan kepada Anwar tetap teguh malah semakin teguh. Kalau sebelum ini Mursyidul Am PAS tidak pernah hadir memberikan sokongan moral kepada Anwar di mahkamah tetapi Tok Guru Nik Aziz hari ini berbuat demikian sebagai tanda simpati kepada Anwar. Begitu juga dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang awal-awal lagi sudah kelihatan di mahkamah. Tidakkah menunjukkan bahawa PR semakin kukuh dan padu.

Saya mengharapkan konspirator dan pihak-pihak yang bertanggungjawab (jika benar ini fitnah jahat) menggugurkan tuduhan kepada Anwar jika mereka mahu isu ini reda dan sokongan kepada tidak membuak-buak seperti era reformasi dahulu. Jika tidak saya yakin PR akan mendapat sokongan yang lebih jitu.

Saya bukan bercakap atas isu politik semata-mata tetapi sebagai seorang rakyat dan seorang Islam saya harap pihak terbabit terutama Saiful segera menggugurkan tuduhan ini kerana banyak keraguan yang dilihat dari dakwaan ini. Jadi lebih baik kita sama-sama bertaubat dan memohon ampun kepada Allah sebelum kita terlambat.

Comments

Anonymous said…
BRO NAK SURUH DIAORANG NI BERTAUBAT? HA KIRIM SALAM LEE..KALU DAH LETUPKAN ORANG SAMPAI BERKECAI DAN MEMBUAT KONSPIRATOR KAT DSAI MASIH NAK SURUH BERTAUBAT..MANUSIA SPESIS NI DAH ALLAH S.W.T TUTUPKAN HATI DAN AKAL OTAK DIAORANG.MUNGKIN ALLAH S.W.T DAH NAK CALONKAN DIAORANG NI KAT NERAKA JAHANAM...TU TAK MASUK LAGI NGAN HAKIM-HAKIM YANG BERAGAMA ISLAM YG MENJALANKAN PROSIDING KES LIWAT NI..KALU DIAORANG TERSALAH BAGI HUKUM MEMANG SAH AKAN DICALONKAN OLEH ALLAH S.W.T KE NERAKA JAHANAM..PAK HAKIM NI AKU INGAT DIA BERIMANKAN PORK NAJIB INSTEAD DENGAN ALLAH S.W.T...
MANSOR JUNUS said…
Saya bersetuju dengan pandangan anda. Kali seluruh dunia akan fokus kandang mahkamah ini. Sama ada dia akan disabitkan kesalahan atau tidak, dia sudah tentu akan mendapat simpati besar seluruh dunia, terutama sekali dunia Islam. Bukan senang nak dapat 'mileage' macam ini.
Anonymous said…
Tapi Kenapa pulak Ustaz Hadi x hadir???
Anonymous said…
salam tuan sofi...promote link sikit..salam..
aka777 said…
Salam,

Saya musykil dgn DSAI dalam 2 perkara: -

1. Kenapa enggan sumpah laknat?
Kalau dia dipihak yg benar,kenapa tidak sahut cabaran Saiful?
2. Kenapa asyik tangguh perbicaraan?
Adakah penangguhan ini dicetuskan sehingga dekat PRU13 dengan harapan isu ini tenggelam atau PR berjaya merampas kuasa dan beliau akan dilantik sebagai PM dan akhirnya kes ini dibuang begitu sahaja?