KERAJAAN BAIK HATI? SPR DAN SPRM PATUT NAIK GAJI JUGA

Orang lain berhempas pulas untuk mendapat kenaikan gaji dan elaun serta bonus. Namun anggota Polis sebaliknya menikmati kenaikan gaji yang agak lumayan.

Syabas diucapkan kepada kerajaan kerana begitu prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan anggota Polis.

Mungkin kerajaan begitu menghargai jasa-jasa Polis lebih dari penjawat awam lain seperti askar, jururawat, doktor dan lain-lain.

Apalah agaknya keistimewaan anggota Polis jika hendak dibandingkan dengan penjawat awam lain? Sudah tentu mereka ini banyak berjasa kepada kerajaan dan rakyat.

Saya harap selepas ini kerajaan menaikkan pula gaji anggota-anggota Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia (SPRM). Agensi-agensi ini juga pada hemat saya amat berjasa kepada kerajaan dan rakyat.

Agensi-agensi lain kena tunggu dahulu, sebab agensi-agensi di atas lebih banyak jasanya kepada kerajaan dan rakyat. Itu pandangan peribadi saya, tuan-puan mungkin ada pandangan lain. Jangan mare ................

Semalam kerajaan mengumumkan bahawa 98,747 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menikmati pelarasan kenaikan gaji dan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP) antara RM1,500 hingga RM6,000 berkuat kuasa 1 Januari 2009.

Comments