KERA DIHUTAN DISUSUKAN ANAK SENDIRI MATI KEHAUSAN

Yayasan Melaka sedia membantu melunaskan tunggakan RM5.7 juta cukai tanah seluas 526 hektar milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor di Serendah, jika kerajaan negeri Selangor bersetuju melanjutkan tempoh bayaran itu sehingga Isnin lalu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihaknya sudi berbuat demikian atas dasar semangat membantu golongan miskin.

Saya sungguh berbesar hati dengan kemurahan hati dan semangat tolong-menolong yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Ali Rustam kerana sanggup membantu YBK.

Cuma persoalannya s:-

1) Apakah Melaka sudah menyelesaikan semua hutang negeri kepada pusat.?

2) Apakah semua rakyat Melaka sudah hidup senang dengan pendapatan yang melebihi RM1,500 sebulan. Kalau setakat pendapatan RM750 apa yang boleh mereka makan dengan pendapatan sebanyak itu.?

Kalau kedua-dua isu tersebut masih gagal diselesaikan saya rasa lebih baik Melaka bantu negeri kita sendiri sebelum menunjukkan sifat murah hati kita kepada negeri lain.

Comments