KEPUTUSAN JK DISIPLIN : APA YANG AHLI MAHUKAN?

Saya sebagai salah seorang ahli PAS berasa terpanggil untuk memberikan komen tentang keputusan Jawatankuasa (JK) Disiplin parti yang menggantung jawatan YB Ir Khalid Samad dan memberikan amaran bertulis kepada YB Dato Hassan Ali.
Bagi saya kedua-dua mereka telah didapati bersalah dan wajar menerima hukuman atas alasan yang diberikan oleh JK disiplin. Persoalannya sekarang ada ahli yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut kerana Khalid dihukum dengan berat manakala Hassan sekadar amaran bertulis. Mengapa terjadi begitu?

Ramai yang menghantar sms kepada saya menyatakan bahawa keputusan tersebut hanya wayang kulit sahaja.
"Sepatutnya Hassan Ali menerima hukuman yang sama atau lebih berat dari Khalid" kata penghantar sms tersebut.
Bagi saya bukan mudah untuk JK Disiplin dapat memuaskan hati semua pihak kerana semua orang mempunyai pandangan yang berbeza. Sudah tentu JK Disiplin mempunyai asas dan fakta serta jawapan kepada persoalan ini.
Sebagai seorang ahli PAS, saya beranggapan bahawa amat penting bagi JK Disiplin untuk memberikan justifikasi mengapa Khalid dihukum dengan lebih berat berbanding Hassan. Mungkin ada sebab konkrit. Namun jika ianya rahsia maka tidak perlulah dinyatakan kepada umum.
JK Disiplin yang diamanahkan mempunyai kuasa dan saya yakin kuasa yang diberikan kepada mereka telah digunakan secara amanah. Cuma ahli PAS mahukan penjelasan (jika boleh) mengapa keputusan yang berbeza antara dua orang yang telah melakukan kesalahan.
Saya bersetuju dengan pandangan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Abdul Karim yang menyatakan bahawa Khalid yang menyokong keputusan PAS Pusat untuk memperkuatkan PR dihukum dengan berat sedangkan Hassan yang mempertikaikan keputusan kerajaan PR dokongannya sendiri dihukum dengan lebih ringan.
Jika kedua-duanya telah dibuktikan melakukan kesalahan membocorkan rahsia parti mengapa hukumannya berbeza. Adakah kerana Hassan Ali Pesuruhjaya PAS Negeri manakalan Khalid hanya Yang Dipertua PAS Kawasan maka hukumannya berbeza.
Tentang perkara ini (hukuman berbeza), ada yang menuduh Jawatankuasa Disiplin pilih kasih dan menghukum kroninya dengan ringan tetapi Khalid yang lantang bersuara menerima akibatnya.
Apa pun bagi saya secara peribadi saya menerima keputusan JK Disiplin dan perkara ini tidak perlu diperpanjangkan polemiknya. Apa yang penting kita mesti menjaga kerahsiaan parti dan strategi parti jangan kita terjebak dengan senjata musuh.

Dalam isu ini saya berharap semua ahli dan penyokong PAS bersikap matang dan pandai memilih yang mana kawan dan lawan. Sudah pasti lawan kita sekarang sedang menganalisis dan merancang untuk melakukan sesuatu bagi mendapat 'political mileage' dari isu ini.

Comments

Anonymous said…
takut menentang arus ker en. sopi....ker takut hilang jawatan YDP...jgn lah lihat PAS dlam lingkungan ahli2 parti sahaja.....PAS x kan bleh menang kalau setakat undi ahli2 shj.....kena lah lihat dlam ruang yg lebih luas iaitu rakyat@pengundi,penyokong dan pendokong PAS yg bukan ahli2 PAS....manusia yg waras jer bleh terfikir apa yg sepatutnya JK Disiplin PAS buat....rakyat sekarang bukan bodoh en. sopi....