HENTIKAN PERBALAHAN, HALAKAN MASA DAN IDEA UNTUK BEBASKAN RAKYAT

Saya mengharapkan semua pihak dalam PR menghentikan perbalahan secepat mungkin kerana ianya merugikan PR dan rakyat yang sedang menunggu perkhidmatan kita semua.

Saya bimbang perbalahan kecil kita hari ini adalah agenda musuh yang sentiasa mencari peluang untuk memporak perandakan kita. Mungkin jarum musuh sudah masuk ke dalam organisasi dan ahli serta pimpinan kita sehingga kita hilang arah siapa musuh dan siapa kawan.

Jadi untuk itu mari kita sama-sama hentikan semua pertelingkahan kecil dengan serta merta. Biarkan MCA, PPP, Umno dan MIC serta Gerakan yang bertelagah jangan kita ikut jejak langkah mereka.

Comments