DIA BODEK UNTUK HIDUP LAMA

Datuk Ibrahim Ali (DIA) memang seorang ahli politik yang licik dan tidak berpendirian. Bayangkan dalam karier politiknya beliau sudah berapa kali lompat parti. Lompat keluar masuk balik, keluar dan masuk balik. Akhirnya semua parti utama negara tidak percaya lagi kepada beliau. PAS dan Umno sehingga kini tidak menerima Ibrahim untuk menjadi ahli parti masing-masing kerana DIA boleh menjadi liabiliti kepada mereka.

Setelah beliau ditendang keluar dari Umno, beliau dikutip oleh PAS Kelantan untuk menjadi calon Parlimen Pasir Mas pada pilihanraya umum 2008. Beliau menang atas sokongan dan dokongan PAS. Jika beliau bertanding atas tiket bebas saya yakin siang-siang lagi beliau bungkus.

Namun selepas itu beliau mula membuat 'onar'. Mengkritik PAS secara membuta tuli. Pada masa yang sama memuji dan mendewa-dewakan Umno dan BN parti yang membuang beliau menjadi seolah-olah kucing kurap di arena politik tanahair.

Sebelum ini beliau menubuhkan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK). Ke sana-sini kononnya memperjuangkan kepentingan rakyat Kelantan. Setelah berjaya meyakinkan PAS Kelantan akhirnya beliau dipilih sebagai calon menggunakan lambang PAS pada 2008.

Kini beliau tahu bahawa namanya hampir pasti tidak akan dipilih oleh PAS untuk bertanding sekali lagi di Pasir Mas. Jadi sudah tentu sebagai seorang ahli politik beliau sudah membaca perkara ini.

Jadi jalan terbaik ialah mencari publisiti dan menunjukkan kepada pimpinan BN bahawa beliau lebih Umno dari orang Umno. Maka PERKASA ditubuhkan. Sekali lagi beliau menggunakan platform PERKASA ini untuk kononnya memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu. Selain itu beliau meneruskan agenda politiknya mengkritik PAS dan PR.

Kini hanya tinggal kira-kira 3 tahun lagi untuk pilihanraya umum diadakan. Jadi DIA mesti melipatgandakan usaha untuk menambat hati Najib dan Muhyiddin agar dipilih menjadi calon Umno. Tetapi sebelum itu DIA mesti diterima mesti ahli Umno dulu.

Saya mengharapkan pimpinan Umno dapat menerima DIA kembali kepada Umno dan dipilih menjadi calon BN di mana-mana parlimen. Kalau boleh di Pasir Mas. Biarkan DIA berentap dengan PAS di sana.

Saya doakan selamat maju jaya kepada DIA.

Comments