Sejak dari pilihanraya pertama Malaya (Malaysia) kita sering mendengar adanya Wakil Rakyat melompat parti kerana pelbagai sebab. Ada yang kena beli, kena ugut, kena culik dan sebagainya. Secara asasnya Wakil Rakyat yang melompat parti dikira tidak bermaruah dan tiada harga diri. Namun bagi saya jika da Wakil Rakyat yang melompat parti dari parti yang ususnya pun busuk kepada parti wangi itu tidak menjadi masalah kerana beliau sudah sedar dari kesilapan bersekongkol dengan kejahatan dan kezaliman.
Sehari dua ini riuh rendah 2, 3 orang Wakil Rakyat PKR buat hal, kritik parti sendiri dan kerajaan dokongan mereka. Nampanya mereka ini tidak 'makan' nasihat terus membuat kenyataan terbuka menyerang sesama sendiri.
Saya secara peribadi menyalahkan pimpinan Parti kerana memilih calon-calon tanpa usul periksa. Ada antara mereka ini di'tangkap' muat menjadi calon. Sedangkan sebelum itu latarbelakang diri, keluarga, agama dan pendirian mereka tidak diselidiki dengan mendalam.
Akhirnya mereka yang dipilih menjadi calon ini menang dan selepas buat hal. Semuanya kerana tidak ada pendirian dan kekuatan dalaman.
Kita tahu musuh sentiasa mencari jalan dan peluang untuk merosakkan kita. Pelbagai cara digunakan. Tidak boleh dengan wang, disogok dengan betina, projek dan sebagainya. Malah ada yang diugut supaya melompat parti.
Sebab itulah parti-parti politik wajar menuruti apa yang PAS lakukan dalam proses pemilihan calon Pilihanraya. Bukan mudah untuk lulus ujian untuk menjadi calon. Pertama mereka mesti ditapis diperingkat negeri dan dinilai latarbelakang diri, keluarga, pendidikan, kerja sosial, rekod-rekod lama dan yang penting pegangan agama yang kuat. Calon PAS mestilah taat kepada Allah dan tidak berterusan melakukan dosa kecil apatah lagi dosa besar. Kita mahu calon yang mempunyai ketahanan dalaman dan luaran.
Selepas ditapis oleh negeri Jawatankuasa PAS Pusat dan JK Politik akan menapis senarai bakal-bakal calon ini sebelum dinilai oleh Majlis Syura' Ulama sebagai institusi terakhir yang menentukan samada seseorang calon itu layak atau tidak bertanding.
Setelah dipilih bakal-bakal calon ini pula mesti berbai'ah untuk taat kepada Allah dan parti serta tidak akan menjual maruah Islam, parti dan diri sendiri. Insya Allah dengan bai'ah ini mereka akan tetap pendiriannya dan tidak akan melanggar bai'ah dengan Allah dan parti ini.
Diharapkan pada masa semua bakal-bakal calon PR akan ditapis dengan rapi dan jitu supaya tidak akan ada lagi Wakil Rakyat yang tidak bermaruah dan tiada harga diri ini.
Comments