Saya mencadangkan semua IPTA membubarkan semua Majlis Perwakilan Mahasiswa dan digantikan Badan Pengawas seperti yang diamalkan di sekolah. Pihak IPTA tidak perlu menghabiskan belanja menjalankan Pilihanraya Kampus sebaliknya setahun sekali HEP mengumumkan siapa Pegawas yang hendak mereka lantik. Itu lebih mudah, menjimatkan masa dan belanja.
Apa guna diadakan Pilihanraya Kampus jika HEP tidak mahu berlaku adil dan telus semata-mata kerana takut kumpulan yang tidak menjadi 'Yes Man' HEP menang.
Jadi lebih baik HEP mansuhkan pilihanraya kampus lantik terus semua Pengawas universiti. Tak perlu pening-pening kepala habiskan duit rakyat buat kursus dan taklimat kepada Kumpulan 'Yes Man' HEP.
Harap cadangan ini dipertimbangkan jika benar-benar HEP, IPTA dan Kementerian serta kerajaan tidak malu kepada rakyat dan dunia.

Comments
Perlantikan pengawas-pengawas itu hendaklah dibuat oleh PAS,DAP dan PKR. Sofi boleh juga diberikan kuasa untuk membuat perlantikan.
Maklumlah, kalau orang lain lantik nanti dituduh konspirasi pulak. Orang lain semuanya tak demokrasi, yang demokrasi hang seorang sahaja la.