BN SUKA TONTON 'TARIAN BOGEL'????

“Pimpinan BN amat suka menonton ‘tarian bogel” kata kawan saya Ahmad kepada kawan saya seorang lagi bernama Suhaimi.


“Biar betul engkau ada bukti ke, jangan tuduh sembarangan nanti silap haribulan dapat dosa kering kerana buat fitnah dan tohmahan melulu” jawab Suhaimi dengan serius.


“Betul jawab Ahmad, cuba engkau tengok, bila pimpinan PR ‘bogel’kan rahsia parti dan tidak puashati pada pimpinan mereka, sepantas kilat pimpinan BN khususnya Umno buat komen, PR berpecahlah, PR bergolak, PR akan berkubur dan macam-macam lagi”.


“Pendekata memang mereka suka menonton ‘tarian bogel’ iaitu pendedahan masalah dalaman parti lawan mereka, dah tentu mereka akan eksploitasi habis-habisan” ujar Ahmad.


“’Tarian Bogel’ yang saya maksudkan di sini ialah rahsia dan strategi parti yang didedahkan atau dibogelkan oleh individu dalam PR sendiri yang akhirnya dieksploitasi oleh BN” jawab Ahmad secara serius.


“Kalau macam itu aku fahamlah, bukannya engkau maksudkan mereka ketagih tengok tarian bogel tetapi mereka ketagih untuk mengeksploitasi masalah-masalah dan isu yang ‘dibogelkan’ oleh pimpinan dan ahli PR sendiri yang memburukkan parti mereka sendiri”.

"Kadang-kadang masalah yang di'bogel'kan itupun bukannya besar manapun tapi dibesar-besarkan oleh media dan pimpinan BN untuk kepentingan politik mereka"tegas beliau.


“Tau pun!, takkan aku nak tuduh mereka sembarangan, tuduhan tanpa bukti boleh didakwa tahu. Dalam Islam pun secara asasnya semua tuduhan yang kita buat mesti ada saksi yang baik tidak fasiq, beriman dan sebagainya.”tambah Ahmad.


“Saya tahu semua pimpinan BN khususnya Umno alim-alim dan warak belaka kan!!!” kata Ahmad.


“Takkan mereka sanggup menonton filem lucah atau separa lucah. Kalau ada yang perangainya macam itu (suka tonton vedio lucah) maka kita doakan beliau panjang umur dan segera bertaubat. “ kata Ahmad mengakhiri perbualan kami.

Comments