Sebaliknya, bilangan anggota keselamatan dan petugas media lebih ramai berbanding penyokong Anwar yang diketuai oleh Tian Chua.
Para penyokong cuba melakukan provokasi sebaik sahaja Anwar tiba di mahkamah pada pukul 2.45 petang apabila Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu bersama kira-kira 20 lagi mahu membentangkan kain rentang di dalam lobi mahkamah.
Namun, tindakan itu dihalang oleh polis sehingga berlakunya aksi tolak menolak dan tempikan oleh penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Berikutan penyertaan yang kecil itu, difahamkan para penyokong PKR kemudian menghubungi rakan masing-masing dan menjelang pukul 4.30 petang, kira-kira 50 penyokong mula mengerumuni pekarangan mahkamah.
Tindakan para penyokong Anwar membuat bising memaksa polis campur tangan kerana perbicaraan sedang berlangsung.
Comments