BERANIKAH UMNO PECAT KU LI?

Berceramah di atas pentas pembangkang adalah menjadi satu kesalahan dalam Umno. Tetapi itulah yang dilakukan oleh Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah minggu lalu. Tanpa menghiraukan implikasi yang bakal dihadapinya Ku Li tampil memberikan penerangan kepada rakyat Kelantan tentang kedudukan sebenar isu royalti.
Persoalannya sekarang BERANIKAH UMNO memecat Ku Li Putera Raja yang sangat berpengaruh di Gua Musang. Beliau sudah menjadi ahli parlimen di kawasan itu lebih dari 30 tahun.
Umno Kelantan awal-awal lagi angkat bendera putih tidak berani berdepan dengan Ku Li. Mereka menyerahkan urusan tersebut kepada Umno Pusat.
Stopa Mamat, Alwi dan Awang Adek sedar akan diri mereka bahawa betapa kerdilnya mereka untuk berdepan dengan bekas Naib Presiden Umno dan Menteri Kewangan tersebut. Semasa Ku Li menjadi pemimpin kanan Umno di era 80-an dahulu mereka hanya budak hingusan yang belum pun dikenali oleh sesiapa hatta Umno kampung.
Kita tunggu apa tindakan dan ulasan dari Najib dan kuncu-kuncunya tentang isu Ku Li dan royalti minyak Kelantan ini.

Comments