Katanya, ini kerana belum pernah ada mana-mana pemimpin sama ada Ketua Whip atau Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia yang menghadapi pertuduhan sebegitu di mahkamah.
Justeru katanya, pemimpin pembangkang perlu memilih sama ada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ketua mereka bagi menggantikan Anwar.
Kenyataan merupakan suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah kerana Anwar belum dibuktikan bersalah dan ramai pemerhati dalam dan luar negeri berpendapat kes ini adalah konspirasi kedua terhadap Anwar. Sebagaimana konspirasi 1998 di mana akhirnya Anwar dibuktikan tidak bersalah.
Saya menasihatkan pensyarah tersebut dan Utusan supaya menggesa pemimpin Umno yang jelas disabitkan dengan kesalahan rasuah supaya meletakkan jawatan terlebih dahulu antaranya Ali Rustam, Isa Samad dan lain-lain bukan Anwar yang belum dibuktikan bersalah.
Comments
AWAK TAK PERLUCAKAP REKOD PALING BURUK KE PALING TERUK KE , SEMUA ORANG SUDAH TAHU HUJUNG JATUHNYA ( SIMBOLIK ) PERCAKAPAN AWAK.
MUNGKINKAH AWAK TERGULUNG SALAH SEORANG DARIPADA KAKI KAKI PENGAMPU.