AWANG KETUAI JAWATANKUASA 'PENYAMUN'

Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussein dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, yang berjumlah RM20 juta sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk 'menyamun' wang royalti rakyat Kelantan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mustapa Mohamed berkata Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, dilantik untuk menguruskan agihan wang ihsan berkenaan atas kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Begitulah hinanya Umno sehingga sanggup menipu rakyat dan 'merompak' wang rakyat Kelantan/

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata mesyuarat jawatankuasa untuk pengagihan wang ihsan itu akan berlangsung pada Mac nanti untuk membincangkan kaedah agihan peruntukan itu.

Saya pasti rakyat Kelantan tidak akan memaafkan tindakan biadap dan ganas Umno ini. Tindakan menyebabkan Umno/BN Kelantan menutup terus peluang mereka untuk merampas Kelantan dari Pakatan Rakyat pada PRU ke 13 nanti kerana kebencian rakyat kepada BN semakin memuncak dengan 'rompakan' royalti ini.

Comments

jebat_berani said…
tepat benar pilihan puak-puak um-no ini melanti si awang menjadi ketua penyamun....lepas ini sama-samalah kita tengok bagaimana ketua penyamun ini mengerakan pasukan penyamunnya....
Serupademo said…
awe oh awe bakpo mu jadi pelik benar
royalti tak bui wang ihsan jadi onar
kalu lagu tu mu tak lama mata bersinar
menongkat dagu tak dak sokongan orang rama
Anonymous said…
Tok Pa dok melalak tapi si Boroi dapat duit, apa punya cite nih?