ANAK DERHAKA


Cerita Anak Derhaka :

Saya dibiarkan hidup merempat seolah-olah saya bukan bapa mereka. Malah, harta benda saya dikikis termasuk 27 ekor lembu peliharaan saya dijual,” kata warga emas, Zainnu Hussin, 71, yang mendakwa dibuang tiga anak kandungnya dan dibiar hidup merempat di sebuah pondok buruk di tepi sawah di Kampung Besah, Mukim Teloi Kanan, Kuala Ketil, dekat sini, lebih setahun.

Zainnu yang juga cacat kedua-dua tangan selepas terbabit dalam kemalangan tiga tahun lalu, mendakwa kehidupannya semakin melarat apabila dua anak perempuan dan seorang lelaki berusia 30-an hingga 40-an yang dibesar dengan penuh kasih sayang membiarkannya merempat seorang diri.

“Sebelum ini saya tinggal di pondok untuk berteduh dari panas dan hujan. Malah, di situ saya tidur, makan, minum dan membuang air,” katanya. Zainnu berkata, sejak dilanggar kereta ketika memotong rumput tiga tahun lalu, separuh badannya termasuk kedua-dua tangan lumpuh dan penglihatannya kabur. “Selepas kemalangan itu, saya mengharapkan belas anak-anak untuk menjaga dan menguruskan makan minum. “Malangnya, anak-anak membiarkan saya seorang diri, pernah berbulan-bulan saya tidak mandi kerana mereka tidak mahu membantu. “Mereka ada menghantar makanan, tetapi disebabkan kedua-dua tangan saya lumpuh saya terpaksa membongkok untuk makan,” katanya.

Zainnu berkata, dia mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan, namun bantuan itu tidak pernah diterima kerana tidak berdaya ke pejabat JKM dan hanya mengharapkan anak untuk menghantarnya menuntut wang berkenaan.

“Malangnya, bantuan daripada JKM itu juga dikebas mereka sedangkan saya memerlukan wang itu untuk menampung perbelanjaan harian,” katanya.

Hmetrok

Comments