Akibat takut kepada pengaruh komik kartun politik karya Zunar, pihak berkuasa seolah-olah memusuhi komik tersebut. Apa salahnya komik tersebut sehingga menjadi mangsa pihak berkuasa.
Apalah sangat kuasa sebuah kartun politik untuk mempengaruhi minda rakyat. Namun kerana takut kepada bayang-bayang sendiri maka komik kartun Zunar jadi mangsa kerakusan dan gila kuasa pihak berkuasa.
Zulkiflee berkata kepada media haru ini bahawa beliau masih mengenalpasti jumlah sebenar buku-bukunya yang dirampas, tapi mengesahkan sebanyak 15 naskhah telah dirampas di dua buah kedai buku di Kepala Batas.
Menurutnya beliau mendapat tahu bahwa polis merampas buku yang tidak diketahui jumlahnya di Bukit Mertajam dan Butterworth," katanya dipetik dari Malaysiakini.
Menurutnya beliau mendapat tahu bahwa polis merampas buku yang tidak diketahui jumlahnya di Bukit Mertajam dan Butterworth," katanya dipetik dari Malaysiakini.
Begitu ketara ketakutan dan kebimbangan BN tentang pengaruh PR sehingga komik pun jadi musuh mereka.
Comments