BINCANG DALAMAN BUKAN DI MEDIA

Tidak mustahil 2 orang Ahli Parlimen PKR Pulau Pinang yang mengkritik hebat kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan keluar dari PKR .

Ini kerana kritikan terbuka mereka sepatutnya dibincang di dalam mesyuarat bersama Majlis Pimpanan PR bukannya diselesaikan melalui media.

Saya dalam entri terdahulu sering mencadangkan kepada pimpinan PR supaya menyelesaikan semua isu secara dalaman bukannya melalui media musuh. Mengapa pimpinan begitu liat dan degil. Adakah untuk mencari publisiti.? Kalau demikian lebih baik jadi artis kalau setakat hendak mencari populariti.

Inilah masalahnya apabila seseorang ahli parti tidak berdisiplin, mudah disogok dan diugut. Yakni tiada integriti dan kekuatan diri akhirnya menyusahkan parti sendiri.

Sekali lagi saya cadangkan supaya semua parti tak kira PAS, DAP, PKR maupun Umno supaya mencari bakal-bakal calon yang beriman, berakhlaq baik, teguh pendirian, berintegriti dan sebagainya. Jangan meletakkan calon secara tangkap muat sahaja. Akhirnya calon ini menyusahkan parti, rakyat dan semua orang.

Berbalik kepada isu lompat parti, adalah tidak menghairankan 2 Wakil Rakyat ini akan melompat parti kerana mereka sebenarnya tiada agenda perjuangan dan mudah tertipu dengan stategi BN. Orang-orang seperti memang menjadi liabiliti kepada parti. Hari ini insaf besok belum tentu akan insaf..........

Comments

Unknown said…
Assalamualaikum,

i. Apabila seseorang itu memberi komen tidak bermakan dia tidak suka dengan parti. Dia memberi teguran untuk kebaikan;

ii. Kenapa berfikiran terlalu jumud sehingga apabila seseorang memberi teguran, maka ianya kerana sogokan atau asakan parti lawan pula;

iii. Assumption saudara ini tidak ada "class" langsung.