Malam tadi bertempat di Pantai Klebang, Melaka pendokong-pendokong 1Malaysia menyambut malam Jumaat yang berkat dengan muzik, tarian dan lain-lain program 'Lagho'.
Saya tidak tahu Ayat mana dan Hadis mana yang mereka pakai sehingga mengHALALkan pergaulan lelaki perempuan dan mengHALALkan tarian dan muzik keterlaluan seperti itu. Ustaz Jamil Khir dan Ustazah Masyitah mungkin ada hujjahnya.
Sambutan ini dihadiri oleh Imam 1Malaysia, Datuk Seri Najib dan Rosmah Mansor tidak ketinggalan Ketua Menteri kesayangan orang Melaka, Ali Rustam yang dikenali ramai sebagai pemimpin rasuah yang disabitkan kesalahan semasa pemilihan Umno dahulu.
Malam Jumaat yang mulia disambut dengan sambutan yang sedemikian rupa. Ternyata BN menggalakkan program "LAGHO' dan mendaulatkan budaya hedonisme seperti itu.
Mereka langsung tidak insaf dengan kejadian MAKSIAT yang kronik di Melaka ini sehingga 393 anak luar nikah dilahirkan di negeri ini tahun lalu.
Gambar sekadar hiasan.
Comments