UMNO JUARA RAKYAT ATAU JUARA SALAHGUNA WANG RAKYAT

Saya berasa terpanggil untuk membuat kenyataan tentang program Umno Juara Rakyat. Ada perkara yang perlu Umno jelaskan kepada rakyat tentang pelaksanaan program itu yang saa yakin rakyat mahu mengetahuinya.
Antaranya program tersebut sudah tentu menelan belanja yang besar dan penggunaan kakitangan yang ramai. Oleh itu Umno mesti menjelaskan kepada rakyat bahawa semua projek dan program yang dilaksanakan dalam siri kempen Umno Juara Rakyat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera Umno sendiri.

KIta tidak mahu Umno mendabik dada bermegah dengan slogan Umno Juara Rakyat tetapi pada masa yang sama menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik Umno dan mendakwa ianya adalah program Umno untuk rakyat. Adalah menjadi sesuatu yang sangat malang jika wang rakyat digunakan oleh Umno tanpa segan silu demi untuk kepentingan politik mereka.
Jika wang itu bukan wang Umno dan kakitangan kerajaan digunakan untuk melaksanakan program itu maka wajarlah Umno digelar Juara Menyalahgunakan Wang Rakyat bukannya Juara Rakyat.
Saya sedih kerana sejak dari dahulu Umno kerap kali menggunakan wang rakyat dan kemudahan awam untuk program Umno. Sebagai contoh pada musim kempen pilihanraya kita lihat jentera kerajaan kerapkali digunakan untuk membantu kempen BN malah Balai Raya dan bangunan KEMAS dan sebagainya digunakan sebagai pusat operasi kempen Umno.

Sudah sampai masanya Umno berubah dan membuat anjakan paradigma supaya mereka dapat membezakan harta Umno dan harta rakyat. Jangan mereka samakan Umno itu kerajaan dan kerajaan itu Umno.
Zaman sekarang zaman IT dan moden, rakyat sudah celik dan cerdik untuk memahami semua ini. Kita tidak mahu nanti rakyat menuntut setiap sen hak mereka dan Umno tidak dapat menjelaskan semua itu. Allah akan mengira semua pekerjaan dan kelakuan kita di dunia.
Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

Comments