TAK ADA CARA LAIN CARI DUIT?

Bila datang ceramah PAS aku kena hulur duit.....derma jihad! Itukah saja cara cari duit bagi orang PAS lain cara tak ada ke? Tanya seorang pemuda yang pertama kali datang ceramah. Tetapi sebelum itu memang beliau telah diberitahu bahawa bila datang ceramah PAS kena bagi derma.

Bagi ahli PAS fikir-fikirlah .......cara nak cari duit. Jangan hanya bergantung kepada derma jihad .......!!!!!!

Itu antara keluhan dan cadangan seorang rakyat 'atas pagar' .....sekali fikir betul juga. Dua kali fikir memang PAS sebenarnya hendak beri peluang kepada rakyat mendapat pahala (mohon Allah berikan redha dan pahalaNya) dengan menginfakkan duitnya untuk kerja-kerja Islam.

Comments

Hasbullah Pit said…
Meniaga Pengikat kepala, kena lokap lak.
hehe
nanamerican said…
la apa susahnya kalau rasa keberatan x yah derma, ini pun nak jadi isu, payah lah macam ni cuba matang sikit bro..
serupasekala said…
TIDAK SEMESTINYA DATANG KE CERAMAH PAS KENA BAGI DUIT ITU HANYA SEKADAR SUMBANGAN IKHLAS SAHAJA.

KALAU TAK BAGI PUN TAK APA .

TIDAK BERMAKNA MESTI KENA BAYAR.

SEMUGA TUHAN SAHAJA YANG DAPAT MENILAI SUMBANGAN YANG DIDERMAKAN.

WALLAHU 'ALAM.
muraisenja said…
kalau pi tengok konsert atau bola org sanggup bayar mahal utk beli tiket, ceramah PAS buat tiket juga jadi tak payah lg kutip derma.... jgn mare Tuan Sofi.....
Anonymous said…
Cara mana lagi? gtg tabung kat bwh pokok? kan berebut pulak lelaki perempuan nak membubuh duitnyer...

Tak nak derma sudahlah..ngapa jadi hal lak?