ROMBAKAN KABINET : SIAPA-SIAPA PUN SAMA SAHAJA

Selagi BN memerintah Malaysia sesiapa sahaja yang dilantik menjadi menteri akan tetap sama perangainya iaitu 'Yes Man'. Mereka tidak akan berani berkata tidak kepada 'boss' mereka. Juga mereka akan sentiasa membodek dan mengatakan ya boss, betul boss.
Jadi walaupun mungkin kabinet akan dirombak namun oleh kerana sistem dan parti yang memerintah tetap sama maka tidak akan ada perubahan yang besar. Semuanya hanya retorik dan slogan kosong sahaja.
Desas-desus mengenai kemungkinan berlakunya rombakan kabinet semakin kuat diperkatakan di kalangan ahli politik MCA ketika pakatan Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalannya, Datuk Seri Chua Soi Lek, mensasarkan Mac ini untuk mengadakan pemilihan baru bagi menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda parti itu.

NONEKetika Ong dan Chua mahu pemilihan itu diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina, kumpulan yang menyokong naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berkeras ia diadakan dalam bulan ini.

Mereka mendakwa Ong dan Chua sengaja melambat-lambatkannya supaya mempunyai lebih banyak masa untuk mengumpulkan sokongan.
Jadi kemungkinan rombakan kabinet dibuat kerana berlakunya perubahan dalam MCA dan mungkin juga pimpinan parti lain juga terlibat sama.
Kita tunggu lihat nanti.......

Comments

abgBro said…
nam tolak nam abih jahane...
azman kamarul said…
Lagi banyak depa kacau bilau lagi bagus...lagi cepat mampuih...