Perdana Menteri berkata, mereka tidak dapat dikesan daripada rekod Jabatan Imigresen, menurut anggaran yang dibuat pada Jun tahun lepas.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan jabatan tersebut kurang berminat mengeluarkan visa waktu ketibaan kepada warganegara India kerana kemudahan itu telah disalahgunakan, terutamanya mereka dari Chennai.
Bagi saya ia bukanlah suatu yang menghairankan kerana seorang wanita Mongolia juga hilang di Malaysia iaitu Altantuya. Tetapi beliau hilang selepas dibom. Lebih pelik lagi ada pihak mendakwa rekod kemasukan beliau ke negara ini juga hilang.
Kerajaan dan pihak berkuasa mesti mencari dan menangkap kesemua pelawat asing yang tidak pulang ke negara asal mereka. Kita bimbang mereka ini dapat menetap terus di negara kita menggunakan Kad Pengenalan palsu atau dokumen perjalanan dan lawatan palsu. Perkara mungkin berlaku kerana hari ini segala macam dokumen boleh dicipta dan dibuat ......ada kes 'orang dalam' terlibat sama memalsukan dokumen tersebut.
Comments