PROVOKASI KEPADA PR

Risalah Provokasi & Memburukkan Pakatan Rakyat, Angkara Siapa?

Taman Sri Cempaka, Peringgit, Melaka (26 Jan 2010) - Pada jam 7.30 pagi tadi, Biro Penerangan AMK Melaka telah menerima satu aduan daripada seorang penduduk di Taman Seri Cempaka, Peringgit Melaka yang terkejut apabila telah menerima satu naskhah risalah yang berbentuk provokasi dan memburukkan Pakatan Rakyat.


Naskhah Risalah yang tidak mempunyai tajuk tersebut telah diletakkan pada "wiper" kenderaan penduduk di Taman Sri Cempaka.


Lebih mengejutkan naskhah risalah tersebut telah memuatkan temubual ekslusif bersama Mufti Besar Perak, Ustaz Harussani Zakaria yang menyentuh parti PAS iaitu parti komponen Pakatan Rakyat. Malah gambar Ustaz Harussani Zakaria juga telah menjadi penghias majalah tersebut. Kesahihan temubual tersebut tidak dapat dipastikan.


Dalam masa yg sama sehelai risalah tidak berwarna turut berunsurkan provokasi terhadap Pakatan Rakyat turut diselitkan di dalam naskah risalah tersebut.

Comments