Saya rasa pelik dan terkilan dengan sikap pentadbir IPTA tidak habis-habis cari pasal dengan budak-budak. Mengapa begitu sukar dan susah orang-orang tua di IPT untuk berlaku adil dan bersikap telus dalam menguruskan pilihanraya kampus.
Apa yang budak-budak itu boleh buat kalaupun mereka menang pilihanraya kampus. Samada kumpulan Pro-Aspirasi atau Pro-Mahasiswa yang menang dan menguasai Majlis Perwakilan Mahasiswa/Pelajar (MPM/MPP) mereka tidak mempunyai apa kuasa pun. Jadi tidak usahlah orang-orang tua buat kacau bilau seolah-olah orang-orang tua ini yang gila kuasa bukan budak-budak tersebut.
Orang tua yang sudah bangka ini tidak perasan dirinya sudah bangka sanggup berlawan dengan bebudak hingusan. Namun yang peliknya si tua bangka ini begitu takut budak-budak pro-M ini menang.
Saya yakin tetamu blog ini pun tahu sebab apa si tua bangka pentadbir IPTA beriya-iya benar berlawan dengan budak-budak pro-M. Semua itu adalah kerana 'Sorrow' punya pasal. Tekanan politik dari luar mahukan mereka memastikan budak-budak pro-M kalah. 'By hook or by crook' orang tua ini mesti cari jalan supaya pro-M tak menang.
Jadi macam-macam helah dan tindakan yang mereka buat. Akhirnya negara luar dan rakyat sendiri mentertawakan si tua bangka, IPTA dan negara kita kerana universiti bertelagah dengan pelajar-pelajar kerana berebut kerusi MPM/MPP.
Memang dasar muka tembok ..........
Sementara itu Malaysiakini melaporkan bahawa suasana tegang menyelubungi Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur malam semalam apabila lebih 500 mahasiswa berkumpul dan bertelingkah berhubung keputusan pilihan raya kampusnya.
Lebih 300 pelajar daripada kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) melancarkan bantahan berhubung pengundian secara berkomputer atau e-undi sejurus selepas keputusan menunjukkan kumpulan pro-aspirasi (pro-A) kembali menguasai universiti ini.
Bantahan yang bermula jam 10.30 malam semalam berlanjutan selama sejam di pejabat canselori, UM.
Lebih 300 pelajar daripada kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) melancarkan bantahan berhubung pengundian secara berkomputer atau e-undi sejurus selepas keputusan menunjukkan kumpulan pro-aspirasi (pro-A) kembali menguasai universiti ini.
Bantahan yang bermula jam 10.30 malam semalam berlanjutan selama sejam di pejabat canselori, UM.
Comments